Cabaran Streetball KFC Fitness Zone kembali lagi

22 Sep
Naib pengerusi BBA bergambar ramai bersama pasukan yang akan turut serta dalam musim ketiga StreetBall Challenge KFC Fitness Zone 3 on 3.

Naib pengerusi BBA bergambar ramai bersama pasukan yang akan turut serta dalam musim ketiga StreetBall Challenge KFC Fitness Zone 3 on 3.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Musim ketiga StreetBall Challenge KFC Fitness Zone 3 on 3 bermula di Lapangan Terbang Mall, semalam dengan 25 pasukan bersaing untuk mengungguli tiga kategori iaitu Kategori Lelaki Antara Sekolah Bawah-18, Bawah 21 Kategori Terbuka Lelaki dan Kategori Lelaki Terbuka.

Kejohanan yang akan berlangsung selama 10 hari (20-29 September 2013) telah diserikan dengan kehadiran orang ramai dan tetamu khas Encik Khoo Eng Cheong (naib pengerusi BBA) dari Persatuan Bola Keranjang Brunei untuk perbarisan dan majlis pembukaan.

elepas majlis pembukaan, perlawanan pertama berlangsung di antara KFC menentang Aewon. Selain perlawanan menarik, orang ramai boleh melayan pelbagai permainan dan aktiviti seperti Fitness Challenge dan pertandingan Makeover K-pop di tempat tersebut. Turut memeriahkan lagi suasana perlawanan adalah dengan adanya ‘House of Reptile’ yang mempamerkan binatang-binatang reptilia seperti ular, biawak, dan iguana.

Bagi pengunjung yang menggemari makanan ala Arab, mereka boleh mendapatkannya di petak pameran Sugar and Spice yang turut mengadakan jualan sempena musim 3 StreetBall Challenge KFC Fitness Zone 3 on 3 diadakan.

Seterusnya, orang ramai dialu-alukan untuk melawat sukan kegemaran ramai seperti golf mini, kereta kawalan jauh dan lain-lain pameran vendor.

Source: Media Permata

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: