Pelajar Pusat Ehsan berkunjung ke Fitness Zone

19 Sep

 

Rombongan pelajar bergambar ramai ketika lawatan ke Fitness Zone, di Kiulap.

Rombongan pelajar bergambar ramai ketika lawatan ke Fitness Zone, di Kiulap.

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept ? Fitness Zone, Kiulap hari ini menerima lawatan dari seramai 25 pelajar istimewa kelas pra vokasional Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

Lawatan sambil belajar ini merupakan sebahagian daripada topik ?melibatkan pelajar istimewa dalam kecergasan fizikal? yang bertujuan mendedahkan mereka mengenai faedah aktiviti jasmani dalam jadual seharian.

Ketibaan rombongan pelajar ke Fitness Zone dialu-alukan oleh pengurusnya, Rachel Lee yang kemudian memberi penerangan mengenai kemudahan yang disediakan di pusat kecergasan itu.

Rombongan pelajar juga berpeluang menyertai sesi yoga dan tarian bersama salah seorang jurulatih Fitness Zone selain melibatkan diri dalam pelbagai permainan kecergasan.

Lawatan ini turut dimuatkan dengan penerangan mengenai ?kecergasan dan nutrisi? oleh pakar nutrisi Fitness Zone.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: