KFC Fitness Zone Streetball kembali lagi

11 Sep
A group photo of the opening line up for KFC Fitness Zone 3-on-3 Streetball September season

A group photo of the opening line up for KFC Fitness Zone 3-on-3 Streetball September season

 

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Pertandingan bola keranjang KFC Fitness Zone Streetball 3 lawan 3, Musim September yang dinanti-nantikan oleh peminat dan pemain, kembali lagi menemui orang ramai pada 20 hingga 29 September di Airport Mall.

Pertandingan itu akan menyaksikan pasukan merebut gelaran juara dalam empat kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki Bawah 18 Tahun antara sekolah, Lelaki bawah 21 tahun terbuka, Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka.

Menurut kenyataan pihak penganjur, yuran pendaftaran bagi kategori lelaki bawah 18 tahun antara sekolah ialah $60, lelaki bawah 21 tahun terbuka $200, Lelaki Terbuka $240 manakala bagi Wanita Terbuka $200.

Menurut kenyataan itu lagi, setiap peserta kecuali kategori Lelaki Bawah 18 Tahun Antara Sekolah akan menerima jersi rasmi Dry Fit Cabaran Street Ball KFC Fitness Zone 3 lawan 3.

Manakala bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, mereka dinasihatkan untuk membuat jersi sendiri dengan logo rasmi 3 lawan 3 di kedai rasmi sukan Imperial Sports.

Mana-mana pasukan yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendapatkan borang pendaftaran dari Fitness Zone Kiulap atau KFC Cawangan Gadong Cemtral dengan tarikh tutup pendaftaran pada 15 September nanti.

Seperti sebelum ini juga, kejohanan itu merupakan acara selama 10 hari dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan bersama kejohanan, tambah kenyataan itu lagi.

Dari 23-26 September, klinik bola keranjang akan diadakan bermula dari jam 2.30 petang hingga 4 petang di mana sekolah-sekolah yang berminat boleh menghantar pelajar untuk mempelajari asas bola keranjang dari jurulatih kebangsaan Kevin Reece dan bekas pemain PBA Erwin Velez.

Source: Media Permata

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: