Lebih 100 sertai walkaton, basikalton di PPB

9 Sep
Acara pelepasan peserta oleh Yang Berhormat.

Acara pelepasan peserta oleh Yang Berhormat.

 

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept ā€“ Lebih 100 orang menyertai acara walkaton dan basikalton sempena dengan Minggu Keusahawanan Pusat Pembangunan Belia ke-8 yang diadakan di pusat berkenaan hari ini.

Hadir menyertai acara walkaton itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ghafor @ Haji Mohd Daud Karim yang juga melancarkan acara pelepasan peserta walkaton dan basikalton.

Peserta bagi acara walkaton berjalan sejauh 4.5 kilometer, sementara acara peserta basikalton pula mengayuh sejauh 22.5 kilometer yang mana masing-masing bermula dan berakhir di pusat berkenaan.

Terdahulu itu, kesemua peserta menyertai sesi memanaskan badan yang dipimpin oleh pelatih dari Fitness Zone.

Dengan adanya aktiviti sampingan sempena dengan Minggu Keusahawanan pusat ini, ia diharap dapat membudayakan cara hidup sihat serta memberi peluang kepada pelatih pusat untuk mempromosi hasil produk mereka sepanjang minggu keusahawanan ini diadakan.

Source: Media Permata

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: