Lebih 200 sertai aktiviti amal untuk SMARTER

27 Aug
Tetamu kehormat menyertai acara senamrobik.

Tetamu kehormat menyertai acara senamrobik.

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Lebih 200 orang menyertai acara amal larian bebas dan berbasikal anjuran penuntut Tahun 3 Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pendidikan Dasar (FBEPS) yang dalam program Kemasyarakatan (COP) di SMARTER Brunei, hari ini.

Acara yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu merupakan projek terbesar yang pertama kali dikendalikan oleh penuntut FBEPS.

Antara lain tujuan projek ini adalah untuk mengumpul dana Smarter disamping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap autisme sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat.

Sebelum acara pelepasan peserta larian dan peserta berbasikal, sesi senamrobik telah dipimpin oleh wakil dari Fitness Zone.

Hadir selaku tetamu kehormat yang seterusnya melancarkan acara pelepasan peserta ialah Penolong Naib Canselor UBD (Korporat Dan Pentadbiran UBD), Hajah Anis Faudzulani Haji Dzulkiflee

Kemudian acara diikuti dengan taklimat ringkas mengenai keselamatan oleh Pegawai Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran UBD, Haji Hazilan Haji Ramli.

Acara tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori larian bebas sejauh 5.5 kilometer dan kategori berbasikal sejauh 42 kilometer.

Source: Media Permata

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: