Terima kasih KFC, Fitness Zone

15 Aug
Jonathan (kiri), Wu Chun (kanan) menyerahkan tajaan baju sukan kepada Dayang Umi Khaltum (tengah).

Jonathan (kiri), Wu Chun (kanan) menyerahkan tajaan baju sukan kepada Dayang Umi Khaltum (tengah).

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Pihak swasta juga mampu memainkan peranan aktif bersama pihak kerajaan dalam memajukan sukan dan menyokong perkembangan atlet negara melalui pelbagai kerjasama bagi memajukan sukan negara.

Dalam usaha meningkatkan semangat atlet, KFC dan Fitness Zone memberikan sokongan kepada Kontinjen Atlet Negara Brunei Darussalam yang akan menyertai Sukan Belia Asian 2013 di Nanjing, China dengan menaja pakaian sukan bagi kontinjen negara.

Sehubungan dengan itu, majlis penyerahan tajaan baju sukan diadakan di Fitness Zone Cawangan Kiulap, hari ini. Hadir menyerahkan tajaan ialah Pengasas dan Pengarah Urusan Fitness Zone, Wu Chun dan Pengurus Pemasaran Kanan KFC (B) Sdn Bhd, Jonathan Bong kepada Chef De Mission kontinjen negara Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim.

Di samping tajaan itu, Fitness Zone turut menyampaikan tajaan keahlian percuma kelab selama tiga bulan kepada kontinjen negara.

“Usaha pihak swasta khususnya Fitness Zone dan KFC (B) Sdn Bhd amat dialu-alukan bukan sahaja kerana berusaha sama-sama memajukan sukan tetapi usaha itu sudah tentu dapat memberikan dorongan kepada atlet untuk meningkatkan prestasi,” kata Dayang Umi Khaltum.

Menurut beliau lagi, tajaan itu banyak membantu memberi semangat kepada atlet kerana ia memberikan mereka keyakinan bahawa penduduk dan rakyat negara terus memberikan sokongan supaya berjaya dalam sukan.

Wu Chun pula berkata, sokongan Fitness Zone merupakan bantuan kecil dari pihaknya menyokong dan mengharapkan kejayaan kontinjen negara yang akan bertanding pada temasya itu nanti.

Menurut Jonathan pula, kebanyakkan negara lain mempunyai penduduk yang besar untuk memilih atlet berbakat dan pembangunan sukan merupakan usaha yang menelan belanja besar. Oleh itu, usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan amat berguna untuk menyokong pembangunan sukan.

Tajaan KFC dan Fitness Zone tambahnya lagi, merupakan sumbangan kecil dalam usaha mencapai hasrat itu. Pada masa yang sama, beliau juga mengalu-alukan syarikat swasta yang lain untuk sama-sama tampil membantu mengembangkan sukan negara.

Kontinjen Sukan Belia Asian 2013 negara terdiri daripada lima orang atlet; empat atlet lawan pedang dan seorang atlet sukan golf. Kontinjen juga disertai dua orang jurulatih iaitu bagi lawan pedang dan golf serta tiga pegawai yang diketuai Dayang Umi Kalthum.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: